MISTERI PEMBUNUHAN DI KABIN KEDDIE



Kisah pembunuhan sebenar yang memberi inspirasi kepada penghasilan filem misteri "The Strangers."

 Pembunuhan di kabin Keddie merujuk kepada peristiwa pembunuhan yang berlaku pada malam 11 April 1981 di dalam sebuah kabin bernombor 28 bertempat di Resort Keddie, California. Mereka


yang dibunuh adalah Glenna Sue Sharp (36 tahun), John (15 tahun) dan Dana Wingate (17 tahun).

Sue menyewa kabin 28 di Resort Keddie sejak dari bulan November 1980. Dia tinggal di situ bersama-sama lima orang anaknya iaitu John (15 tahun), Sheila (14 tahun), Tina (12 tahun), Rick (10 tahun) dan Greg (5 tahun).

Sue membuat keputusan untuk menyewa di kabin itu selepas dia dihalau dari rumah oleh suaminya sendiri.

KEJADIAN 

Pada malam  kejadian, Sue berada di kabin bersama-sama dengan Rick dan Greg. Kedua-dua anaknya itu sibuk bermain di dalam bilik bersama seorang lagi rakan sebaya mereka yang bernama Justin Smartt. Sementara itu, John pergi bersiar di bandar ditemani rakannya, Dana Wingate. Tina pula pulang ke kabin mereka pada pukul 10 malam selepas dia selesai menonton televisyen di kabin jiran bernombor 27


Sekitarjam 7.45 pagi keesokan harinya, Sheila pulang ke kabin mereka selepas menghadiri sebuah parti. Malang tidak berbau, dia telah menemui mayat Sue, John dan Dana terbaring dalam keadaan yang mengerikan di ruang tamu. Mereka semua dipercayai didera terlebih dahulu sebelum akhirnya ditikam dengan pisau secara berulang kali.


Pergelangantangan dan kaki Sue diikat ketat dengan wayar eletrik. Mulutnya pula disumbat dengan seluar dalamnya sendiri. Dia turut dipercayai telah dipukul dengan senapang. John bukan saja dihentak dengan tukul, bahkan lehernya juga dikelar. Dana Wingate pula dicekik pembunuh dengan tangan.

Tina gagal dikesan sama sekali. Rick, Greg dan Justin ditemui ditemui selamat di dalam sebuah bilik tidur. Mereka bertiga langsung tidak menyedari apa yang telah berlaku.

Dalam satuketerangan, Justin memberitahu bahawa dia melihat sendiri bagaimana John dan Dana terus menyerang si pembunuh sebaik saja mereka berdua pulang ke kabin. Bagaimanapun, John dan Dana teruk dibelasah sebelum kedua-duanya diikat. Tina yang terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising bergegas pergi ke arah ruang tamu. Malangnya, dia telah diheret oleh pembunuh.

Kenyataan Justin itu bagaimanapun tidak direkodkan secara rasmi atas dakwaan berkemungkinan dia sedang mengigau ketika kejadian berlaku.

PENEMUAN TULANG TINA


Tidak lama selepas penemuan mayat mangsa, pihak polis telah melancarkan operasi pencarian Tina. Namun, usaha mereka itu gagal menemui sebarang petunjuk.

Hinggalah bulan April tahun 1984, pihak polis menerima satu panggilan misteri. Pemanggil misteri itu mendakwa bahawa dia telah menjumpai rangka tulang Tina. Bertindak atas maklumat itu, pihak polis telah menjumpai satu rangka tulang manusia di Butte Counry, iaitu kira-kira 30 batu jauhnya dari kabin Kaddie. Hasil keputusan analisis, rangka tulang itu disahkan sebagai Tina Sharp.


  SUSPEK 

Meskipun pelbagai penangkapan suspek telah dibuat, cuma dua individu saja yang disyaki sebagai suspek utama iaitu Marty Smartt dan Severin John Boubede yang lebih dikenali sebagai "Bo." Mereka berdua tinggal tidak jauh dari kabin 28.

Mengikut teori, punca sebenar Sue dibunuh adalah disebabkan dia sering mencampuri urusan rumah tangga Marty. Sue didakwa kerap menghasut isteri Marty iaitu Marilyn untuk meninggalkan Marty. Marilyn sebelum itu dikatakan sering menjadi mangsa penderaan Marty. Marty yang tidak berpuas hati telah bersekongkol dengan Bo untuk membunuh Sue. Tambahan pula, sejurus saja pembunuhan itu berlaku, Marty tergesa-gesa meninggalkan Keddie untuk menuju ke Reno.

Selain itu, Marty merupakan ayah kepada Justin. Perkara ini mengukuhkan lagi dakwaan mengapa Justin, Rick dan Greg tidak dibunuh pada malam kejadian.

Seorang ahli terapi pernah tampil ke hadapan untuk memberitahu bawah Marty pernah membuat satu pengakuaan yang dia adalah pembunuh kabin 28. Tapi entah mengapa keterangan ahli terapi itu tidak diendahkan oleh pihak berkuasa.

Jadi, masih tiada sebarang kenyataan mahupun bukti kukuh untuk mengaitkan Marty dan Bo sebagai pembunuh sebenar kejadian.

Tujuh tahun selepas peristiwa pembunuhan itu, Bo telah meninggal dunia manakala Marty pula menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2006.

Hingga ke hari ini, para penyiasat termasuklah anak-anak Sue yang terselamat dalam kejadian itu masih lagi berusaha untuk mencari menyiasat meskipun menyedari peluang untuk melihat kes diselesaikan adalah agak tipis

PERKEMBANGAN KES


Dalam perkembangan lain, selepas sekian lama kabin Keddie 28 ini menjadi tempat legenda, ianya akhirnya dirobohkan pada tahun 2004.

Pada tahun 2013, penyiasat kes menemui satu lagi bukti yang sangat penting. Bukti itu adalah satu surat yang dikirimkan Marty kepada Marilyn. Isi kandungan surat itu bertulis...

"“I’ve paid the price of your love & now that I’ve bought it with four peoples lives, you tell me we are through … Great! What else do you want?”

Marilyn bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia tidak pernah menerima surat itu sebelum ini.

Satu lagi petunjuk adalah misteri si pemanggil telefon yang memaklumkan penemuan rangka tulang milik Tina. Jika difikir secara logik, bagaimana pemanggil itu mengetahui rangka tulang adalah Tina?

Timbul satu dakwaan di mana bekas Sheriff yang mengendalikan kes kabin 28 ketika itu iaitu Sheriff Doug Thomas merupakan rakan kepada dua suspek utama, Marty dan Bo. Atas sebab itu, Marty dan Bo tidak pernah didakwa. Doug Thomas juga dilaporkan telah memecat seorang pegawai bawahannya yang bernama Mike Gamberg pada dua minggu sebelum kejadian pembunuhan. Tiga tahun selepas kejadian, dia meletakkan jawatan untuk berpindah ke jabatan lain.

PENUTUP


Kes kabin Keddie 28 kini dikendalikan oleh Sheriff Sheriff Greg Hagwood yang juga merupakan bekas rakan sekelas John dan Dana. Dia berjaya memujuk Mike Gamberg untuk keluar dari persaraan bagi membantunya menjalankan siasatan.

November 2016, rancangan jenayah popular iaitu People Magazine Investigates telah menyiarkan episod pembongkaran semula kes kabin Keddie 28.

No comments:

Post a Comment