29 November 1970... Waktu : 1.15 petang...
Seorang professor universiti bersama dua orang lagi anak perempuannya sedang mendaki gunung Ulriken di Isdalen Valley bertempat di Begen, Norway. Pasangan anak- beranak itu kemudian secara tidak sengaja telah menemui mayat seorang perempuan bertelanjang di celah-celah batu
Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka mendapati sebahagian daripada kulit mayat perempuan yang tidak diketahui identitinya itu didapati berada dalam keadaan hangus. Ngerinya,cuma kulit badan depan saja yang hangus terutamanya pada bahagian muka dan rambut mangsa. Kulit badan belakang? Normal! Tiada sebarang kesan kecederaan.
Selain itu, tangan serta lengan mangsa dalam posisi seperti seorang "boxer".
Turut ditemui di tempat kejadian adalah beberapa barangan peribadi seperti barang kemas, jam tangan, payung dan beberapa buah botol plastik. Berdasarkan penelitian kedudukan objek ketika ditemui, barang-barang tersebut berkemungkinan sengaja diletakkan di sebelah mayat mangsa.
Disebabkan identiti mangsa gagal untuk dikenal pasti, maka dia digelar sebagai Isdal Woman.
Beberapahari selepas penemuan mayat mangsa, pihak polis telah menjumpai satu lagi bukti penting iaitu dua beg bimbit milik mangsa di stesen kereta api Norwegian State Railways (NBC). Dalamnya mengandungi pakaian, rambut palsu, wang kertas (mata wang Jerman dan Norway), duit syiling (Belgium, British dan Sweden), sikat serta berus rambut, alat-alat kosmetik, camca teh dan krim untuk ekzema.
Apa yang lagi menghairankan, kesemua label jenama pada pakaian mangsa telah ditanggalkan. Begitu juga dengan label kulit krim ekzema, nama doktor dan pesakit dipadamkan. Perkara ini menimbulkan keraguan motif sebenar mengapa pelaku melakukan hal sedemikian rupa. Jelas sekali, mangsa adalah seorang individu yang sangat-sangat berkepentingan.
Penemuan poskad dalam bagasi mangsa turut membawa kepada penahanan seorang jurugambar warganegara Itali. Menurut keterangan jurugambar itu, dia mengakui pernah keluar makan malam bersama mangsa, tapuli tidak begitu banyak maklumat latar belakang mangsa yang diketahuinya. Apa yang dia tahu, mangsa mendakwa dirinya adalah seorang peniaga barang-barang antik dari Afrika Selatan.
Pihak polis juga berjaya mengesan aktiviti penjelajahan mangsa ke serata Norway dan beberapa buah negara Eropah lain menggunakan 9 passport palsu dengan identiti yang berbeza-beza : Jenevive Lancia, Claudia Tielt, Vera Schlosseneck, Claudia Nielsen, Alexia Zarna-Merchez, Vera Jarle, Finella Lorck dan Elizabeth Leen Hoywfer.
Berikut adalah ringkasan setiap pergerakan mangsa hasil daripada
catatannya sendiri dalam buku nota.
20 Mac, 1970 – bergerak dari Geneva ke Oslo.
21-24 Mac, 1970 – Menginap di Hotel Viking di Oslo menggunakan nama “Genevieve Lancier”.
24 Mac – terbang dari Oslo ke Stavanger, menaiki bot ke Bergen, bermalam di Hotel Bristol menggunakan nama “Claudia Tielt”.
25 Mac– 1 April – menginap di hotel Scandia di Bergen, kekal sebagai “C. Tielt”
1 April – bergerak dari Bergen ke Stavanger, dan kemudian ke Kristiansand, Hirtshals, Hamburg and Basel, Jerman.
3 Oktober – bergerak dari Stockholm, Sweden ke Oslo, Norway, dan kemudian ke Oppdal, Norway, sebuah resort ski popular
22 Oktober– menginap di hotel Altona di Paris.
23 Oktober – 29 – bermalam di Hotel de Calais di Paris, Perancis.
29 Oktober – 30 – bergerak dari Paris ke Stavanger dan kemudian ke Bergen, Norway.
30 Oktober – 5 November – datar masuk ks hotel Neptune menggunakan nama “Alexia Zerner-Merches”; berjumpa dengan seorang lelaki di hotel.
6 November – 9– bergerak ke Trondheim, Norway, dan bermalam di Hotel Bristol menggunakan nama “Vera Jarle”.
9 November – bergerak ke Oslo dan kemudian ke Stavanger; bermalam di Hotel St. Svitun menggunakan nama “Fenella Lorch”.
18 November – menaiki bot Vingtor jw Bergen; bermalam di hotel Rosenkrantz menggunakan nama “Elisabeth Leenhower” dari Belgium.
19 November – 23 – bermalam di hotel Hordaheimen, tunggu di dalam bilik dan kena berhati-hati.
23 November – meninggalkan hotel pada awal pagi, bayaran secara tunai dan menuju ke stesen kereta api di mana dia menyimpan 2 buah bagasi di tempat simpanan
29 November – Ditemui di Isdalen.
Dari segi kondisi paru-paru, mangsa diyakini masih hidup ketika dia dibakar. Jadi, secara teorinya, mangsa telah didera dan diseksa terlebih dahulu sebelum dibiarkan mati begitu saja.
Mengejutkan, mangsa tidak pernah hamil ataupun mempunyai sebarang anak.
Atas sebab tiada sebarang bukti yang lebih kukuh, punca sebenar kematian Isdal Woman akhirnya diklasifikasikan sebagai membunuh diri. Namun, keputusan itu telah menimbulkan pertikaian dan rasa tidak puas hati oleh pelbagai pihak.
Mengikut keterangan beberapa orang saksi yang kebanyakannya terdiri daripada pekerja hotel, mangsa digambarkan sebagai seorang yang pandai bergaya, berketinggian 164 cm, perokok dan dianggarkan berada dalam lingkungan usia 30 ke 40 tahun.
Mangsa juga dilaporkan seorang yang sangat fasih dalam berbahasa Jerman, Inggeris, Belanda dan Perancis. Perkara ini sangat jelas menunjukkan bahawa Isdal Woman bukan calang-calang orang.
Mungkin bagi mengelakkan dirinya dikesan, mangsa kerap kali menukar hotel tempat penginapannya. Bahkan juga, mangsa turut dikatakan gemar meminta bilik hotel yang mempunyai balkoni.
Pada tahun 2005, seorang saksi utama (penduduk Bergen) akhirnya tampil untuk memberi satu kenyataan umum selepas 32 tahun mendiamkan diri. Menurutnya, dia mengesyaki perempuan itu adalah orang yang sama dijumpainya di lereng bukit Floyen, Norway. Mangsa dilihat berjalan diiringi oleh dua orang lelaki yang berpakaian kemas. Mangsa kemudian meronta-ronta, sepertinya cuba untuk memberitahu sesuatu kepada saksi, namun dihalang dengan keras oleh kedua-dua lelaki tersebut.
Selepas melihat satu lakaran wajah Isdal Woman, saksi itu kemudian membuat satu laporan polis. Walau bagaimanapun, laporan itu tidak diendahkan sekaligus memaksa saksi tadi mengunci mulut berpuluh-puluh tahun lamanya.
Kekerapanpertukaran tempat penginapan, tulisan kod pada nota dan rambut palsu sudah cukup untuk meyakinkan orang ramai bahawa Isdal Woman sememangnya adalah seorang spy (pengintip).
Dalam perkembangan lain, Norsk Rikskringkasting (NRK) iaitu sebuah badan penyiaran radio dan televisyen Norway kini semakin hampir untuk merungkai identiti sebenar Isdal Woman.






No comments:
Post a Comment